Izatul Hanim

Muzium ni banyak meninggalkan kenangan pada cikgu.. Sejak dulu lagi cikgu dah mula menunjukkan minat untuk mengetahui tentang benda2 yang bersejarah dalam dunia nie.. Muzium Arkeologi Lenggong terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Lenggong... Ingat tak, Zaman Prasejarah Paleolitik ada di Kota Tampan.... Muzium Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 serta telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan menyediakan pameran sementara. Kerja-kerja merekabentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.Lokasi pembangunan Muzium ini dibina berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun B.P. dan merupakan penemuan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu tapak Muzium kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah Daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno.
Banyak benda yang kita boleh tengok kat sini....
1.Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin

2.Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum, Gua Gunung Runtuh dan lain-lain tapak di Lembah Lenggong

3.Rangka 'Perak Man' yang berusia 10,000 - 11,000 tahun ditemui di Gua Gunung Runtuh

4.Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi

5.Koleksi barangan masyarakat orang Asli dan perkaitannya dengan kehidupan manusia pra-sejarah

6.Lukisan di Gua-gua dan kajian terhadap tapak arkeologi sezaman dengan Lenggong

7.Alat-alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti Tembikar, Alat Batu, Perhiasan diri, Acuan dan Kapak Gangsa

So, kalau ada masa terluang boleh la pergi tengok sendiri yer....

1 Response
  1. Anonymous Says:

    terima kasih


Post a Comment