Showing posts with label Tingkatan 3. Show all posts
Showing posts with label Tingkatan 3. Show all posts
Izatul Hanim
Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun.. Soalan disediakan selaras SBP. Cikgu doakan semua akan dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.


Yang penting...
Baca arahan peperiksaan Baca soalan dengan teliti.
Cari perkataan-perkataan penting yang menjadi kunci soalan
Maklumat yang tidak penting dalam sesuatu soalan hendaklah ketepikan.
Semua pilihan jawapan sama ada aneka pelengkap atau aneka pilihan mestilah dibaca dengan teliti satu persatu sebelum menjawab.
Buangkan jawapan yang salah secara memotong atau membuat tanda yang mudah difahami.
 Jawab soalan yang mudah dahulu.
Pastikan anda menghitamkan setiap jawapan dalam kertas jawapan anda.
Terus pindahkan jawapan di dalam kertas jawapan bukan pada kertas soalan.
Pastikan anda menyemak semua 60 jawapan sudah ditanda.
Jangan keluar sebelum masa tamat.
Gunakan sebaik-baik masa untuk menyemak kembali soalan
Izatul Hanim

Dah siapkan muka hadapan kerja kursus? :)
So langkah yang seterusnya ialah membuat muka hadapan bagi Elemen1,2 dan 3. Pastikan ketiga-tiga helai kertas bercorak ni sama yea.. baru la cun.. sedap mata pemeriksa memandang.
Halaman ni juga boleh ditaip semula @ fotostat jer atas kertas corak masing2. Jangan lupa pesan kat abg/kakak fotostat, jangan gelap sangat tau...
Izatul Hanim


Muka hadapan kerja kursus akan diberikan oleh guru masing2. Boleh ditaip semula @ fotostat jer atas kertas corak yang dah beli tu k. Pilih kertas corak yang cool, kombinasi warna yang menarik.

Izatul Hanim
Kepada semua pelajar tingkatan 3 tahun 2011, selamat membuat kerja kursus masing2... Walaupun tajuk yang diberikan agak sukar tapi percayalah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan... so langkah2 yang perlu dilakukan ialah :
1. Beli kertas A4 bercorak 2 helai ( yang sama ) untuk dijadikan muka hadapan dan belakang. Jangan lupa beli plastik cover sekali yer.
2. Beli kertas A4 bercorak 3 helai ( yang sama ) untuk dijadikan muka hadapan elemen 1,2 dan 3.
3. Beli kertas A4 bercorak untuk tajuk2 sumber dalam elemen 1. ( untuk pelajar SAS, u all kena beli 8 helai k) pastikan kertas corak ni tak sama dengan kertas corak muka depan tu ye.
3. Siapkan muka hadapan mengikut format yang diberikan oleh guru.
Izatul Hanim
Senarai berikut adalah contoh pentadbiran tempatan.
Kajian boleh dibuat terhadap pentadbiran tempatan lain yang berkaitan dengan tajuk tugasan.

(a) Pihak Berkuasa Tempatan:

- Dewan Bandaraya

- Majlis Bandaraya

- Majlis Perbandaran

- Majlis Bahagian

- Jajahan / Residensi

- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil

- Majlis Daerah Luar Bandar



(b) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah:

- FELDA

- FELCRA / Rancangan Kemajuan Tanah Pinggir

- Petempatan KEDA

- KEJORA

- DARA

- KETENGAH

- KESEDAR



(c) Pentadbiran Komuniti Setempat:

- Mukim

- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Orang Asli

- Taman / Kawasan Perumahan / Persatuan Penduduk

- Rumah Panjang

- Ladang / Estet

- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR)

- Pentadbiran Rumah Ibadat
Izatul Hanim


TUGASAN 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:

(i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)*

(ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah*

(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*



(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

(b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:

         1.   Tajuk Kajian Institusi pentadbiran tempatan.

         2.   Senarai Kandungan Senarai aspek kajian serta dicatatkan   nombor halaman secara tertib.

         3. Penghargaan Penghargaan kepada pihak yang telah membantu pelaksanaan kerja kursus.

         4. Objektif Kajian Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan / iktibar / pengalaman kajian.

         5. Kaedah Kajian Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja.

         6. Hasil Kajian

            6.1 Institusi Pentadbiran Tempatan:

            6.2 Latar Belakang:

                      ASPEK PERINCIAN
                      Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
                      Lokasi
                      Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
                      Carta organisasi dan senarai pentadbir
                      Sejarah penubuhan (Asal usul /Tarikh /Pengasas)
                      Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil /  
                      Garis panduan penubuhan
                      Perincian peranan /
                      Tanggungjawab bidang tugas  pentadbir
                       Cara pelantikan pentadbir tempatan

               6.3 Peranan:

                       Ekonomi
                       Pendidikan
                       Keagamaan
                       Kemasyarakatan
                       Kebudayaan
                       Perayaan
                       Pelancongan
                       Kebajikan
                       (Pilih mana-mana empat aspek)

                6.4 Perkembangan:

                        Sumber kewangan
                        Pembangunan prasarana / Fizikal
                        Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
                        Kemajuan yang dicapai
                        Pengiktirafan / Penghargaan
                        Cabaran yang dihadapi
                        Perancangan masa hadapan
                        Saranan dan harapan
                        (Pilih mana-mana empat aspek)

         7. Rumusan

         8. Lampiran Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain
             Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran.

         9. Rujukan

TUGASAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

TUGASAN TAMAT
Izatul Hanim
Izatul Hanim
Izatul Hanim
Izatul Hanim
Izatul Hanim
Izatul Hanim
Izatul Hanim
Izatul Hanim
Tingkatan 1
- 15 soalan (25%)
- 11 bab
- 1 bab 1 soalan
- 4 soalan lagi pelbagai bab
- Melaka dan Johor soalan favorites

Tingkatan 2
- 20 soalan
- 2 soalan bagi tiap bab
- bab 1 dan 2 soalan favorites

Tingkatan 3
- 25 soalan
- 3 soalan bagi tiap bab
- bab 2 3 7 soalan favorites

- Pelajar perlu tahu bahawa "Jawapan juga telah distrukturkan"

- Tahu Sub Topik Yang Biasa Disoal

Contohnya:
TINGKATAN 1
Bab 1
- Sumber sejarah
- Kaedah sejarah
Izatul Hanim
1. Guna kaedah "OK4R"

2. Gunakan soalan "WH QUESTION" tentang topik yang diulangkaji.

3. Perhatikan setiap KONSEP/ISTILAH/CIRI.

4. Ingat PERISTIWA yang berkaitan.

5. Ingat URUTAN PERISTIWA/KRONOLOGI..

6. Baca FAKTOR2 yang terdapat dalam topik.

7. Lihat KESAN/AKIBAT.

8. Nyatakan sumbangan TOKOH.

9. Baca PERJANJIAN PENTING

10. Baca matlamat setiap pertubuhan/persatuan.

11. Unsur patriotisme
Izatul Hanim
Hari ni student2 form 3 ada ceramah sejarah... seronok dengar ceramah ni.. penceramah yang sangat best...
SEBELUM SEMINAR ... TAK MINAT.. BOSAN.. TAK YAKIN.. MALAS..
SELEPAS SEMINAR... SERONOK.. YAKIN.. CERIA..

Soalan Tingkatan 1.. 1 - 15 ada 15 soalan
Soalan Tingkatan 2.. 16 - 35 ada 20 soalan
Soalan Tingkatan 3.. 36 - 60 ada 25 soalan
KAEDAH OK4R
1. Baca buku teks dan rujukan.. baca sekali imbas.. tengok sekali lalu
2. Baca terperinci baris demi baris... gariskan isi utama selagi tak faham jangan pindah.. guna pen merah
3. Ingat semula setiap isi yang digaris tadi.. sebut satu per satu.. otak akan digunakan sepenuhnya
4. Tulis semula isi penting tadi...
5. Ulangkaji berkali2..
Izatul Hanim
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
Izatul Hanim
Hari ni student2 cikgu akan menduduki exam trial sejarah pada jam 12.25... cikgu doakan semua akan memperoleh keputusan yang cemerlang.. baru2 ni dah buat pre trial.. tapi keputusan tak begitu memberangsangkan.. cuma yang betul2 bersedia sahaja yang mampu dapat gred A... Yang lain cuma dapat gred B jer...  Good Luck..
Izatul Hanim
Happy holiday kepada semua pelajar2 form 3. Tapi ini bukan masa terbaik untuk menghabiskan cuti dengan perkara2 yang tidak berfaedah.. tolong ulangkaji pelajaran ( terutama silibus f.2 n f.1 ).. dan jangan lupa siapkan homework yang cikgu bagi.....

A. Kerja Kursus
- buat kerja kursus dengan teliti
- susun ikut susunan :
  1. plastik cover
  2. muka depan ( copy yg cg bagi tu atas kertas a4 corak / copy atas kertas a4 warna then tampal)
  3. senarai semak elemen 1 ( copy atas kertas warna )
  4. susun sumber elemen 1 ( tiap sumber mesti ada tajuk )
  5. senarai semak elemen 2 ( copy atas kertas warna )
  6. tajuk ( boleh guna tulisan apa2 pun )
  7. senarai kandungan ( pastikan ada 9 perkara )
  8. penghargaan ( kepada tuan pengetua, cikgu, ibu, bapa, orang sumber n rakan2 - full name )
  9. objektif kajian ( kena ada 4 objektif )
10. kaedah kajian ( setiap kaedah mesti bagi contoh dari sumber elemen 1 )
11. hasil kajian ( ada 4 subtopik.. buat dalam bentuk esei.. masukkan bahan sokongan )
12. rumusan ( masukkan 4 unsur patriotisme )
13. lampiran ( 4 jenis lampiran )
14. rujukan ( ikut contoh rujukan yang cikgu bagi )
15. senarai semak elemen 3 ( copy atas kertas warna )
16. jawab soalan esei 100 patah perkataan ( masukkan 5 unsur patriotisme )
17. kertas bercorak
18. plastik cover

B. Power point
- Buat power  point tentang mana2 tajuk dari f.1-f.3
- Send pada email cikgu masing2
C. Kerja tambahan untuk pelajar2 kelas 3u n 3b... karikatur..
Izatul Hanim
Pelajar2 yang dikasihi sekalian... dah siap folio sejarah ke belum? Setakat ni di sekolah cikgu, pelajar2 dah berjaya siapkan elemen 1. Manakala elemen 2 ngan elemen 3 dah siap dalam bentuk draf... tahniah diucapkan.. nanti cuti pertengahan tahun kena siapkan tau... ingat apa yang cikgu pesan.. susunan mesti kena tepat.. berikut adalah cara susunan yang betul...

1. Muka depan yang cikgu bagi ( boleh guna terus @ photostat atas kertas warna/bercorak)
2. Senarai semak elemen 1
3. Buku ilmiah ( masukkan buku ilmiah yang berkaitan )
4. Jurnal
5. Akhbar
6. Majalah
7. Orang sumber ( sertakan salinan ic orang sumber dan temubual )
8. Internet
9. Tv ( mesti ada intisari rancangan dan rumusan )
10. VCD ( mesti ada cd dan kulit cd )
11. Sumber lain ( yang ni guna khutbah hari raya ok )

* setiap bahan dalam elemen 1 ni mesti kena ada tajuk bahan dia. guna kertas warna/corak dan tulisan yang cantik.......