Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun.. Soalan disediakan selaras SBP. Cikgu doakan semua akan dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Yang penting...
Baca arahan peperiksaan Baca soalan dengan teliti.
Cari perkataan-perkataan penting yang menjadi kunci soalan
Maklumat yang tidak penting dalam sesuatu soalan hendaklah ketepikan.
Semua pilihan jawapan sama ada aneka pelengkap atau aneka pilihan mestilah dibaca dengan teliti satu persatu sebelum menjawab.
Buangkan jawapan yang salah secara memotong atau membuat tanda yang mudah difahami.
Jawab soalan yang mudah dahulu.
Pastikan anda menghitamkan setiap jawapan dalam kertas jawapan anda.
Terus pindahkan jawapan di dalam kertas jawapan bukan pada kertas soalan.
Pastikan anda menyemak semua 60 jawapan sudah ditanda.
Jangan keluar sebelum masa tamat.
Gunakan sebaik-baik masa untuk menyemak kembali soalan
Post a Comment