Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts
Izatul Hanim
Hari ni awal pagi Pak Suki dah sampai kat hotel.. Katanyer ada tempat best nak bawak we all pergi.. lepas sarapan terus gerak..
Ni la kereta Pak Suki... baik sangat.. peramah.. n yang penting tak buat muka walaupun penat melayan we all.. Rizqi banyak belajar word baru dari Pak Suki.. Tempat yang Pak Suki  nak bawak tu "Pasar Pagi". Pasar ni cuma hari ahad jer yang ada n belum ramai orang Malaysia yang datang ke sini.. so sesaper yang nak pergi lepas nie kena suruh supir hantar k.... barang kat sini... emmmm lumayan jugak.. :) Untuk yang bawak anak, kat sini banyak kereta kuda.. pasar dia punya la banyak gerai... so we all jalan dulu sampai hujung.. n patah balik naik kereta kuda.. macam2 yang boleh dibeli kat sini.. harga pun murah... Baju solat untuk Rizqi 25000rupiah jer... ada la dalam rm8.90.. ha ha mana nak dapat harga cam ni kat Malaysia.. siap ada kopiah lak tu..


Nie la barang yang di borong kat Pasar Pagi ni... :)

Kreatif betul diorang nie.. so bila anak dah boring nak ikut mak ayah pilih barang, naik jer mainan nie... bukan mahal pun.. daripada dia merengek2 ..he he

Dah penat, balik naik la kereta kuda k.... best.... Bayar dalam RM5 jer.. jauh jugak dia bawak kita,,
Lepas jalan2 kat pasar nie.. Pak Suki bawak we all ke Jalan Cihampelas.. Tak Banyak yang we all beli kat sini.. cuma nak bawa Rizqi tengok2 patung ultraman n lain2 yang selalu dia tengok kat internet..

Nie la tempat yang paling best untuk kanak2.. walaupun ultraman ni batu jer..

Kedai momok...
 
tiru aksi... :)

sama tak ?

rizqi paling seronok kat sini... ayah pulak asyik kena follow ngan orang mintak sedekah...
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Lepas makan kat SimpangRaya, we all pergi Factory Outlet kat Jalan Dago.....  Kalau nak beli cenderahati untuk kawan2 memang senang jer  pasal kat mana2 ada jer orang datang jual...

Nie la F.O yang pertama we all pergi.. betul2 kat sebelah Restoran Simpang Raya.... Banyak betul baju kanak2 tapi tak la berapa best sangat..


lepas dah tengok2 kat sini we all naik kereta ke Jalan Dago...

Kat sini best la jugak... :)

Ha kat sini best... macam2 ada... baju anak ada.. baju mak ayah pun ada...


Kalau kat Jalan Dago nie.... Yang best F.O nyer ..Secret.. Grande.. Blossom.. Dago Outlet n Jetset... Tapi alang2 dah sampai sini.. masuk jer sumer.. suruh supir parking kereta kat hujung skali.. pastu kita jalan jer.. sumer dekat2 jer... bila dah sampai hujung skali.. call jer supir suruh ambik kita... :)

Yang ni Blossom... paling banyak berbelanja baju Rizqi kat sini la...


Yang nie dalam The Secret... Nak pengsan kat sini... cantik2 baju.. esp untuk kaum wanita.. baju Zara banyak giler.. ori rasa pasal dia toreh label kat baju ...
So dah puas berbelanja sampai malam.. we all bungkus jer makanan n makan kat hotel...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Dua jam perjalanan kami sampai ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Bincang ngan hubby nak teruskan perjalanan ke Bandung jer la.. so we all ambik teksi ke stesyen keretapi Gambir..

Kat stasiun Gambir we all beli tiket ke Bandung.. beli la tiket eksekutif yer. sebab sangat selesa n harga pun tak la mahal sangat. Biasanya rakyat tempatan kat sana tak naik eksekutif nie.. diorang naik ekonomi jer.... sementara nak tunggu train datang, mr hubby beli simcard indonesia.... yang ni wajib beli tau, untuk kemudahan kita nak call pak supir.. kalau tak susah tau..

kat stasiun gambir ni ada la juga restoran yang nampak cam boleh la kalau nak makan... ada pekerja2 yang akan tarik perhatian kita untuk masuk ke restoran tu.. sementara nak tunggu train.. makan la dulu.... sedap jugak makanan kat sini... bakso... yummieee... Rizqi paling teruja kat sini.. ada botol coke kecik... banyak dia beli nak bawak balik...
Labels: 1 comments | | edit post
Izatul Hanim
Sempena cuti sekolah kali ni, cikgu sekeluarga berpeluang jalan2 cari makan ke Jakarta-Bandung. Sebenarnya Rizqi yang nak sangat pergi sebab kawan sekolah dia kata, kat indonesia ada rumah ultraman. Ntah yer ntah tidak.. Kebetulan pulak harga tiket yang sangat murah.... RM0.. naik jer la Air Asia.. he he..  Hari ni Rizqi bangun awal sangat. Lebih awal daripada hari2 nak pergi ke sekolah.. dia dah tak sabar tu.. Sebelum bertolak ke Jakarta cikgu n family sarapan dulu kat Kedai Kak Mah Gate 1 Putrajaya... Yuuummmiiiieeeeeeeeeeeeeeee....

Sebelum bertolak ke Jakarta-Bandung ada beberapa pekara yang perlu dilakukan. First, tentu saje kena tukar duit kat money changers. Tukar la duit rupiah k. Ada beberapa money changers kat putrajaya nie. Kat dalam Alamanda ( mahal giler kat sini), kat presint 15 (kat sini ok) n ada kat presint 9 ( boleh lah tapi kena tawar dulu). So cikgu tukar beberapa juta rupiah.. rasa macam dah banyak tapi still tak cukup lagi rupanyer.
Then, kemas bag... ha ha.. bawa jer beg kosong sebab nanti nak isi barang banyak. baju yang nak pakai tu beli jer kat sana.


Dari rumah, kami naik bas jer pergi ERL Putrajaya. Naik ERL n berhenti kat stesyen Salak Tinggi.. Kat situ dah siap ada bas yang tunggu untuk bawa kita ke LCCT. Tiket memang kena beli siap2 kat ERL.

Sampai kat LCCT, boleh terus check in kat kiosk yang disediakan. Memang lagi cepat n mudah. So boleh terus drop beg kat kaunter yang ditetapkan... Then pergi makan sementara nak tunggu naikk flight. So we all pergi makan kat Merrybrown.

Rizqi yang paling berselera makan kat sini. Flight pun lambat lagi kul 2.30pm

Labels: 1 comments | | edit post
Izatul Hanim
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Salam Maal Hijrah 1432 buat semua umat Islam...
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Syukur alhamdulillah.. akhirnya program "1blog 1panitia" di SAS berjaya dilaksanakan.. tahniah diucapkan buat penyelaras program Pn Masariah Mispari dan AJK. Tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat.. Selamat membuat blog untuk panitia masing-masing k. Terima kasih buat penceramah yang hebat En Zefry Hanif B Borhan.. Pembinaan 1 blog 1 panitia adalah usaha untuk memartabatkan SAS sebagai SBT terunggul di Malaysia. Ini juga akan menjadi wadah perkongsian ilmu melalui ruang maya..SAS GOOD TO GREAT!!!
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Hari ni SAS mengadakan Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sambutan Hari Raya 2010.. Majlis diadakan di Dewan Putra. Meriah.. Semuanya datang dengan memakai baju raya.. Majlis dimulakan dengan tayangan slide yang memaparkan kejayaan pelajar2 SAS dalam bidang kokurikulum.. "SAS.. GOOD TO GREAT"
VIP yang merasmikan majlis ni ialah IR Zain Azly Faiman.. Bekas Ketua Pelajar n olahragawan SAS.. Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar iaitu "puisi dan lagu".. Then Ifwat n Hazim menyanyikan lagu Selamat Hari Raya.. Sedap suara tapi mikrofon lak buat hal.. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua..Ucapan VIP.. dan penyampaian anugerah...Tahniah cg ucapkan kepada semua penerima anugerah.. teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.. Jamuan raya diadakan di Dewan Makan...yummmieeeeeeeeee...
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Untuk mempelajari subjek2 yang membaca seperti sejarah ni.. pelajar2 mesti kena amalkan beberapa jenis makanan terutamanya makanan yang manis2.. bukan manis gula tau..

 1. Kismis ( makan 21 biji awal pagi dan malam )


 2. Kurma


 3. Buah-buahan

Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Salam Ramadhan buat semua.. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.. banyakkan berdoa.. semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan..
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Salam buat semua.... power point contest masih lagi berlangsung..so kepada sesiapa yang nak mencuba nasib, silakan send ke email cikgu... kepada yang dah hantar... tahniah cikgu ucapkan...
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim



Kepada sesiapa yang ingin menyertai contest ini, sila send power point anda kepada izatulhanim@yahoo.com.my
Syarat2 penyertaan:
1. pilih mana2 tajuk dari silibus sejarah ting1-ting 5
2. minimum 10 slide

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 JULAI 2010
Labels: 0 comments | | edit post