Izatul Hanim
Salam untuk semua pengunjung blog cikgu...

Ramai yang bertanya tentang kerja kursus sejarah ni. Cikgu akan ajar step by step.. Tapi sebelum tu, masing2 mesti dah tetapkan tajuk. Saranan cikgu, buat tajuk yang sama dengan kawan2 tapi hasil tulisan asing2.. senang kerja..
Antara tajuk yang boleh u all pilih ialah pihak berkuasa tempatan seperti :
- Dewan Bandaraya
- Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Bahagian
- jajahan / Residensi
- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil
- Majlis Daerah Luar Bandar

Kalau tak nak pilih pihak berkuasa tempatan, boleh pilih Rancangan pembangunan tanah dan wilayah spt:
- FELDA
- FELCRA
- Petempatan KEDA
- KEJORA
- DARA
- KETENGAH
- KESEDAR

Kalau susah tajuk2 kat atas tu, boleh la Pentadbiran komuniti setempat seperti :
- Mukim
- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Org Asli
- Taman / Kawasan Perumahan / Pers Penduduk
- Rumah Panjang
- Ladang / Estet
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kg (JKKK)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancgn (JKKR)
- Pentadbiran Rumah Ibadat

 
Cikgu dah senaraikan contoh, so pilih baik2 k... lepas tu bolehlah ikut langkah2 yang akan cikgu terangkan... Selamat membuat kerja kursus.... Insyaallah
Izatul Hanim

Dah siapkan muka hadapan kerja kursus? :)
So langkah yang seterusnya ialah membuat muka hadapan bagi Elemen1,2 dan 3. Pastikan ketiga-tiga helai kertas bercorak ni sama yea.. baru la cun.. sedap mata pemeriksa memandang.
Halaman ni juga boleh ditaip semula @ fotostat jer atas kertas corak masing2. Jangan lupa pesan kat abg/kakak fotostat, jangan gelap sangat tau...
Izatul Hanim


Muka hadapan kerja kursus akan diberikan oleh guru masing2. Boleh ditaip semula @ fotostat jer atas kertas corak yang dah beli tu k. Pilih kertas corak yang cool, kombinasi warna yang menarik.