Izatul Hanim
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Pelajar2 yang dikasihi sekalian... dah siap folio sejarah ke belum? Setakat ni di sekolah cikgu, pelajar2 dah berjaya siapkan elemen 1. Manakala elemen 2 ngan elemen 3 dah siap dalam bentuk draf... tahniah diucapkan.. nanti cuti pertengahan tahun kena siapkan tau... ingat apa yang cikgu pesan.. susunan mesti kena tepat.. berikut adalah cara susunan yang betul...

1. Muka depan yang cikgu bagi ( boleh guna terus @ photostat atas kertas warna/bercorak)
2. Senarai semak elemen 1
3. Buku ilmiah ( masukkan buku ilmiah yang berkaitan )
4. Jurnal
5. Akhbar
6. Majalah
7. Orang sumber ( sertakan salinan ic orang sumber dan temubual )
8. Internet
9. Tv ( mesti ada intisari rancangan dan rumusan )
10. VCD ( mesti ada cd dan kulit cd )
11. Sumber lain ( yang ni guna khutbah hari raya ok )

* setiap bahan dalam elemen 1 ni mesti kena ada tajuk bahan dia. guna kertas warna/corak dan tulisan yang cantik.......
Izatul Hanim


Surah al-Alaq merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Setelah lebih kurang 6 bulan Nabi Muhammad s.a.w berulang alik dan bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat ) di Gua Hirak, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama pada 6 Ogos 610M @ 17 Ramadhan. Ketika itu, Nabi Muhammad berumur 40 tahun.... Wahyu inilah yang menjadi tanda pemisah antara zaman jahiliah dan zaman Islam. Dalam surah ini umat islam diperintahkan untuk mementingkan aktiviti pembacaan. Di samping itu, menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara. Dengan membaca dan membuat kajian seseorang itu akan lebih berilmu. Dan dengan ilmu seseorang akan mencapai kejayaan yang cemerlang......