Izatul Hanim
Hari ni last day kat Jakarta... Awal subuh lagi dah bangun nak memancing kat Tanah Abang.. Orang belum buka kedai we all dah terpacak kat luar.. Rizqi pun tidur lagi...

cantik2 baju kat sini...

Kat sini la we all bertapa sementara nak tunggu flight malam... :)

rambang mata ar nak pilih baju kat sini.. murah2 plak tu....
Dah puas jalan2 kat Tanah Abang we all pergi makan kat food court kat atas
Then pergi Lapangan Terbang...
Balik....
Sampai LCCT ambik bas ke Salak Tinggi then ERL ke Putrajaya
Ambik Teksi balik rumah.......

Alhamdulillah.....
Ada kesempatan jumpa lagi :)
Izatul Hanim
Hari ni last day kat Bandung... Awal pagi dah bangun n kemas2 beg.. Then menuju ke Kartika Sari..

Fuhhhh sedapnyer tengok kuih muih, kek, coklat kat sini...

yummiiieeeeee

Kesian Rizqi kepenatan menunggu ayah n ibu...

sambil menunggu ayah yang asyik beli kuih.. sempat makan ais krim dulu.. bersila pun jadi ar...
 
Bersama-sama pekerja Kartika Sari... Peramah semuanya

Habis berbelanja....

Penat nak jalan kaki.. naik beca jer lah.. ayah sorang jer yang kena jalan.. he he
Takut jugak la sebenarnya naik beca ni coz melawan arus... kalau la kena langgar...
nauzubillah....

Ni kat stasiun kereta api Bandung... Nak ke Jakarta sebab flight balik ke KL dari Jakarta...

Merasa la jugak ambik gambar kat landasan...

Sementara nak tunggu kereta api ke Jakarta sempat we all makan dulu... Rizqi dah lapar sangat la tu.. sampai nak makan tangan..
Naik kereta api n zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
sampai Jakarta dah malam
so Pak Supir ambik n hantar ke hotel...

 
Izatul Hanim
Lepas Lunch we all pergi Rumah Mode.. Tapi hujan la plak... 

best rumah mode... ramainyer orang shopping kat sini.

 Terminal Tas..tempat jual beg berjenama....ha ha  pening kepala kat sini... lama betul sampai tertidur ayah n rizqi kat luar... Beg Guess macam original.. tak leh nak beza...

Kat sini ada kemeja LV.... cantiknyer...

Dah habis jalan2 kat area ni.... we all mintak paksuki pergi balik ke jalan Dago sebab nak cari kemeja burberry... semalam nampak tapi tak beli..hari ni baru nak cari balik... cari punya cari rupanya kat f.o Runaway.....

nie la baju yang nak cari sangat tu... he he...

habis jalan2 kat FO ari nie.. penatnyer tapi berbaloi ar... rasa dah tak larat nak makan.. so Pak Suki bawak we all beli murtabak... besar nyer murtabak.. tapi sedap sangat...

yuummmiiiieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Izatul Hanim
Hari ni awal pagi Pak Suki dah sampai kat hotel.. Katanyer ada tempat best nak bawak we all pergi.. lepas sarapan terus gerak..
Ni la kereta Pak Suki... baik sangat.. peramah.. n yang penting tak buat muka walaupun penat melayan we all.. Rizqi banyak belajar word baru dari Pak Suki.. Tempat yang Pak Suki  nak bawak tu "Pasar Pagi". Pasar ni cuma hari ahad jer yang ada n belum ramai orang Malaysia yang datang ke sini.. so sesaper yang nak pergi lepas nie kena suruh supir hantar k.... barang kat sini... emmmm lumayan jugak.. :) Untuk yang bawak anak, kat sini banyak kereta kuda.. pasar dia punya la banyak gerai... so we all jalan dulu sampai hujung.. n patah balik naik kereta kuda.. macam2 yang boleh dibeli kat sini.. harga pun murah... Baju solat untuk Rizqi 25000rupiah jer... ada la dalam rm8.90.. ha ha mana nak dapat harga cam ni kat Malaysia.. siap ada kopiah lak tu..


Nie la barang yang di borong kat Pasar Pagi ni... :)

Kreatif betul diorang nie.. so bila anak dah boring nak ikut mak ayah pilih barang, naik jer mainan nie... bukan mahal pun.. daripada dia merengek2 ..he he

Dah penat, balik naik la kereta kuda k.... best.... Bayar dalam RM5 jer.. jauh jugak dia bawak kita,,
Lepas jalan2 kat pasar nie.. Pak Suki bawak we all ke Jalan Cihampelas.. Tak Banyak yang we all beli kat sini.. cuma nak bawa Rizqi tengok2 patung ultraman n lain2 yang selalu dia tengok kat internet..

Nie la tempat yang paling best untuk kanak2.. walaupun ultraman ni batu jer..

Kedai momok...
 
tiru aksi... :)

sama tak ?

rizqi paling seronok kat sini... ayah pulak asyik kena follow ngan orang mintak sedekah...
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Lepas makan kat SimpangRaya, we all pergi Factory Outlet kat Jalan Dago.....  Kalau nak beli cenderahati untuk kawan2 memang senang jer  pasal kat mana2 ada jer orang datang jual...

Nie la F.O yang pertama we all pergi.. betul2 kat sebelah Restoran Simpang Raya.... Banyak betul baju kanak2 tapi tak la berapa best sangat..


lepas dah tengok2 kat sini we all naik kereta ke Jalan Dago...

Kat sini best la jugak... :)

Ha kat sini best... macam2 ada... baju anak ada.. baju mak ayah pun ada...


Kalau kat Jalan Dago nie.... Yang best F.O nyer ..Secret.. Grande.. Blossom.. Dago Outlet n Jetset... Tapi alang2 dah sampai sini.. masuk jer sumer.. suruh supir parking kereta kat hujung skali.. pastu kita jalan jer.. sumer dekat2 jer... bila dah sampai hujung skali.. call jer supir suruh ambik kita... :)

Yang ni Blossom... paling banyak berbelanja baju Rizqi kat sini la...


Yang nie dalam The Secret... Nak pengsan kat sini... cantik2 baju.. esp untuk kaum wanita.. baju Zara banyak giler.. ori rasa pasal dia toreh label kat baju ...
So dah puas berbelanja sampai malam.. we all bungkus jer makanan n makan kat hotel...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
3 jam perjalanan dari jakarta ke bandung naik train nie... ha ha yang penting boleh tidur dengan selesa... train pun tak laju sangat.. biasa2 aje. kadang2 ada jugak tengok pemandangan kat luar.. tapi nak nampak apa pun.. dah gelap.. cuma tetiba rasa macam sejuk sikit... sampai kat bandung dah ada supir yang tunggu untuk di bawa ke hotel ( penting untuk kita booking hotel dulu sebelum datang )..



Day 2... Bangun awal pagi coz subuh pun awal kat sini.. ada sarapan kat hotel ni.. n pak supir pun dah siap2 tunggu.. Bagus pak supir ni.. mesra alam.. we all paggil Pak Suki. Pukul 8 dah gerak ke Pasar Baru..



Bak kata Pak Suki, orang perempuan boleh jadi sawan kat Pasar Baru nie... ha ha.. banyak jugak hasil tangkapan kat Pasar Baru nie.. Lagi dasyat Rizqi la.. nampak baju ultraman nak beli.. pastu nak pakai terus plak tu. Memang berbaloi ar beli barang kat sini... murah2 barang nyer..

Lepas dah dapat hasil tangkapan kat Pasar Baru... Makan kat Simpangraya. aduh... sedapnyer makan kat sini.. 

Izatul Hanim
Dua jam perjalanan kami sampai ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Bincang ngan hubby nak teruskan perjalanan ke Bandung jer la.. so we all ambik teksi ke stesyen keretapi Gambir..

Kat stasiun Gambir we all beli tiket ke Bandung.. beli la tiket eksekutif yer. sebab sangat selesa n harga pun tak la mahal sangat. Biasanya rakyat tempatan kat sana tak naik eksekutif nie.. diorang naik ekonomi jer.... sementara nak tunggu train datang, mr hubby beli simcard indonesia.... yang ni wajib beli tau, untuk kemudahan kita nak call pak supir.. kalau tak susah tau..

kat stasiun gambir ni ada la juga restoran yang nampak cam boleh la kalau nak makan... ada pekerja2 yang akan tarik perhatian kita untuk masuk ke restoran tu.. sementara nak tunggu train.. makan la dulu.... sedap jugak makanan kat sini... bakso... yummieee... Rizqi paling teruja kat sini.. ada botol coke kecik... banyak dia beli nak bawak balik...
Labels: 1 comments | | edit post
Izatul Hanim
Sempena cuti sekolah kali ni, cikgu sekeluarga berpeluang jalan2 cari makan ke Jakarta-Bandung. Sebenarnya Rizqi yang nak sangat pergi sebab kawan sekolah dia kata, kat indonesia ada rumah ultraman. Ntah yer ntah tidak.. Kebetulan pulak harga tiket yang sangat murah.... RM0.. naik jer la Air Asia.. he he..  Hari ni Rizqi bangun awal sangat. Lebih awal daripada hari2 nak pergi ke sekolah.. dia dah tak sabar tu.. Sebelum bertolak ke Jakarta cikgu n family sarapan dulu kat Kedai Kak Mah Gate 1 Putrajaya... Yuuummmiiiieeeeeeeeeeeeeeee....

Sebelum bertolak ke Jakarta-Bandung ada beberapa pekara yang perlu dilakukan. First, tentu saje kena tukar duit kat money changers. Tukar la duit rupiah k. Ada beberapa money changers kat putrajaya nie. Kat dalam Alamanda ( mahal giler kat sini), kat presint 15 (kat sini ok) n ada kat presint 9 ( boleh lah tapi kena tawar dulu). So cikgu tukar beberapa juta rupiah.. rasa macam dah banyak tapi still tak cukup lagi rupanyer.
Then, kemas bag... ha ha.. bawa jer beg kosong sebab nanti nak isi barang banyak. baju yang nak pakai tu beli jer kat sana.


Dari rumah, kami naik bas jer pergi ERL Putrajaya. Naik ERL n berhenti kat stesyen Salak Tinggi.. Kat situ dah siap ada bas yang tunggu untuk bawa kita ke LCCT. Tiket memang kena beli siap2 kat ERL.

Sampai kat LCCT, boleh terus check in kat kiosk yang disediakan. Memang lagi cepat n mudah. So boleh terus drop beg kat kaunter yang ditetapkan... Then pergi makan sementara nak tunggu naikk flight. So we all pergi makan kat Merrybrown.

Rizqi yang paling berselera makan kat sini. Flight pun lambat lagi kul 2.30pm

Labels: 1 comments | | edit post
Izatul Hanim

Muzium ni banyak meninggalkan kenangan pada cikgu.. Sejak dulu lagi cikgu dah mula menunjukkan minat untuk mengetahui tentang benda2 yang bersejarah dalam dunia nie.. Muzium Arkeologi Lenggong terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Lenggong... Ingat tak, Zaman Prasejarah Paleolitik ada di Kota Tampan.... Muzium Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 serta telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan menyediakan pameran sementara. Kerja-kerja merekabentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.Lokasi pembangunan Muzium ini dibina berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun B.P. dan merupakan penemuan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu tapak Muzium kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah Daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno.
Banyak benda yang kita boleh tengok kat sini....
1.Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin

2.Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum, Gua Gunung Runtuh dan lain-lain tapak di Lembah Lenggong

3.Rangka 'Perak Man' yang berusia 10,000 - 11,000 tahun ditemui di Gua Gunung Runtuh

4.Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi

5.Koleksi barangan masyarakat orang Asli dan perkaitannya dengan kehidupan manusia pra-sejarah

6.Lukisan di Gua-gua dan kajian terhadap tapak arkeologi sezaman dengan Lenggong

7.Alat-alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti Tembikar, Alat Batu, Perhiasan diri, Acuan dan Kapak Gangsa

So, kalau ada masa terluang boleh la pergi tengok sendiri yer....