Izatul Hanim
Salam untuk semua pengunjung blog cikgu...

Ramai yang bertanya tentang kerja kursus sejarah ni. Cikgu akan ajar step by step.. Tapi sebelum tu, masing2 mesti dah tetapkan tajuk. Saranan cikgu, buat tajuk yang sama dengan kawan2 tapi hasil tulisan asing2.. senang kerja..
Antara tajuk yang boleh u all pilih ialah pihak berkuasa tempatan seperti :
- Dewan Bandaraya
- Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Bahagian
- jajahan / Residensi
- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil
- Majlis Daerah Luar Bandar

Kalau tak nak pilih pihak berkuasa tempatan, boleh pilih Rancangan pembangunan tanah dan wilayah spt:
- FELDA
- FELCRA
- Petempatan KEDA
- KEJORA
- DARA
- KETENGAH
- KESEDAR

Kalau susah tajuk2 kat atas tu, boleh la Pentadbiran komuniti setempat seperti :
- Mukim
- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Org Asli
- Taman / Kawasan Perumahan / Pers Penduduk
- Rumah Panjang
- Ladang / Estet
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kg (JKKK)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancgn (JKKR)
- Pentadbiran Rumah Ibadat

 
Cikgu dah senaraikan contoh, so pilih baik2 k... lepas tu bolehlah ikut langkah2 yang akan cikgu terangkan... Selamat membuat kerja kursus.... Insyaallah
0 Responses

Post a Comment