Izatul Hanim
Salam untuk semua pengunjung blog cikgu...

Ramai yang bertanya tentang kerja kursus sejarah ni. Cikgu akan ajar step by step.. Tapi sebelum tu, masing2 mesti dah tetapkan tajuk. Saranan cikgu, buat tajuk yang sama dengan kawan2 tapi hasil tulisan asing2.. senang kerja..
Antara tajuk yang boleh u all pilih ialah pihak berkuasa tempatan seperti :
- Dewan Bandaraya
- Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Bahagian
- jajahan / Residensi
- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil
- Majlis Daerah Luar Bandar

Kalau tak nak pilih pihak berkuasa tempatan, boleh pilih Rancangan pembangunan tanah dan wilayah spt:
- FELDA
- FELCRA
- Petempatan KEDA
- KEJORA
- DARA
- KETENGAH
- KESEDAR

Kalau susah tajuk2 kat atas tu, boleh la Pentadbiran komuniti setempat seperti :
- Mukim
- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Org Asli
- Taman / Kawasan Perumahan / Pers Penduduk
- Rumah Panjang
- Ladang / Estet
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kg (JKKK)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancgn (JKKR)
- Pentadbiran Rumah Ibadat

 
Cikgu dah senaraikan contoh, so pilih baik2 k... lepas tu bolehlah ikut langkah2 yang akan cikgu terangkan... Selamat membuat kerja kursus.... Insyaallah
Izatul Hanim

Dah siapkan muka hadapan kerja kursus? :)
So langkah yang seterusnya ialah membuat muka hadapan bagi Elemen1,2 dan 3. Pastikan ketiga-tiga helai kertas bercorak ni sama yea.. baru la cun.. sedap mata pemeriksa memandang.
Halaman ni juga boleh ditaip semula @ fotostat jer atas kertas corak masing2. Jangan lupa pesan kat abg/kakak fotostat, jangan gelap sangat tau...
Izatul Hanim


Muka hadapan kerja kursus akan diberikan oleh guru masing2. Boleh ditaip semula @ fotostat jer atas kertas corak yang dah beli tu k. Pilih kertas corak yang cool, kombinasi warna yang menarik.

Izatul Hanim
Kepada semua pelajar tingkatan 3 tahun 2011, selamat membuat kerja kursus masing2... Walaupun tajuk yang diberikan agak sukar tapi percayalah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan... so langkah2 yang perlu dilakukan ialah :
1. Beli kertas A4 bercorak 2 helai ( yang sama ) untuk dijadikan muka hadapan dan belakang. Jangan lupa beli plastik cover sekali yer.
2. Beli kertas A4 bercorak 3 helai ( yang sama ) untuk dijadikan muka hadapan elemen 1,2 dan 3.
3. Beli kertas A4 bercorak untuk tajuk2 sumber dalam elemen 1. ( untuk pelajar SAS, u all kena beli 8 helai k) pastikan kertas corak ni tak sama dengan kertas corak muka depan tu ye.
3. Siapkan muka hadapan mengikut format yang diberikan oleh guru.
Izatul Hanim
Senarai berikut adalah contoh pentadbiran tempatan.
Kajian boleh dibuat terhadap pentadbiran tempatan lain yang berkaitan dengan tajuk tugasan.

(a) Pihak Berkuasa Tempatan:

- Dewan Bandaraya

- Majlis Bandaraya

- Majlis Perbandaran

- Majlis Bahagian

- Jajahan / Residensi

- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil

- Majlis Daerah Luar Bandar



(b) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah:

- FELDA

- FELCRA / Rancangan Kemajuan Tanah Pinggir

- Petempatan KEDA

- KEJORA

- DARA

- KETENGAH

- KESEDAR



(c) Pentadbiran Komuniti Setempat:

- Mukim

- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Orang Asli

- Taman / Kawasan Perumahan / Persatuan Penduduk

- Rumah Panjang

- Ladang / Estet

- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR)

- Pentadbiran Rumah Ibadat
Izatul Hanim


TUGASAN 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:

(i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)*

(ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah*

(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*



(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

(b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:

         1.   Tajuk Kajian Institusi pentadbiran tempatan.

         2.   Senarai Kandungan Senarai aspek kajian serta dicatatkan   nombor halaman secara tertib.

         3. Penghargaan Penghargaan kepada pihak yang telah membantu pelaksanaan kerja kursus.

         4. Objektif Kajian Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan / iktibar / pengalaman kajian.

         5. Kaedah Kajian Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja.

         6. Hasil Kajian

            6.1 Institusi Pentadbiran Tempatan:

            6.2 Latar Belakang:

                      ASPEK PERINCIAN
                      Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
                      Lokasi
                      Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
                      Carta organisasi dan senarai pentadbir
                      Sejarah penubuhan (Asal usul /Tarikh /Pengasas)
                      Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil /  
                      Garis panduan penubuhan
                      Perincian peranan /
                      Tanggungjawab bidang tugas  pentadbir
                       Cara pelantikan pentadbir tempatan

               6.3 Peranan:

                       Ekonomi
                       Pendidikan
                       Keagamaan
                       Kemasyarakatan
                       Kebudayaan
                       Perayaan
                       Pelancongan
                       Kebajikan
                       (Pilih mana-mana empat aspek)

                6.4 Perkembangan:

                        Sumber kewangan
                        Pembangunan prasarana / Fizikal
                        Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
                        Kemajuan yang dicapai
                        Pengiktirafan / Penghargaan
                        Cabaran yang dihadapi
                        Perancangan masa hadapan
                        Saranan dan harapan
                        (Pilih mana-mana empat aspek)

         7. Rumusan

         8. Lampiran Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain
             Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran.

         9. Rujukan

TUGASAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

TUGASAN TAMAT
Izatul Hanim
Disini bermula segala....
Tentang cerita masa lampau
Tentang cerita masa kini
Tentang cerita esok dan lusa
Izatul Hanim
Selamat melangkah ke tahun 2011... Dah hampir 3 bulan cikgu mengabaikan blog nie... sibuk sikit sekarang nie... insyaallah cikgu akan memperuntukkan masa selepas ini. Diharapkan agar blog ini memberi manfaat kepada semua.