Izatul Hanim
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Pelajar2 yang dikasihi sekalian... dah siap folio sejarah ke belum? Setakat ni di sekolah cikgu, pelajar2 dah berjaya siapkan elemen 1. Manakala elemen 2 ngan elemen 3 dah siap dalam bentuk draf... tahniah diucapkan.. nanti cuti pertengahan tahun kena siapkan tau... ingat apa yang cikgu pesan.. susunan mesti kena tepat.. berikut adalah cara susunan yang betul...

1. Muka depan yang cikgu bagi ( boleh guna terus @ photostat atas kertas warna/bercorak)
2. Senarai semak elemen 1
3. Buku ilmiah ( masukkan buku ilmiah yang berkaitan )
4. Jurnal
5. Akhbar
6. Majalah
7. Orang sumber ( sertakan salinan ic orang sumber dan temubual )
8. Internet
9. Tv ( mesti ada intisari rancangan dan rumusan )
10. VCD ( mesti ada cd dan kulit cd )
11. Sumber lain ( yang ni guna khutbah hari raya ok )

* setiap bahan dalam elemen 1 ni mesti kena ada tajuk bahan dia. guna kertas warna/corak dan tulisan yang cantik.......
Izatul Hanim


Surah al-Alaq merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Setelah lebih kurang 6 bulan Nabi Muhammad s.a.w berulang alik dan bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat ) di Gua Hirak, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama pada 6 Ogos 610M @ 17 Ramadhan. Ketika itu, Nabi Muhammad berumur 40 tahun.... Wahyu inilah yang menjadi tanda pemisah antara zaman jahiliah dan zaman Islam. Dalam surah ini umat islam diperintahkan untuk mementingkan aktiviti pembacaan. Di samping itu, menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara. Dengan membaca dan membuat kajian seseorang itu akan lebih berilmu. Dan dengan ilmu seseorang akan mencapai kejayaan yang cemerlang......
Izatul Hanim
Malam tadi cikgu menghadiri kenduri doa selamat kat rumah rakan cikgu. Cikgu rasa bangga sebab yang handle majlis ni adalah pelajar2 cikgu. Cikgu n rakan2 lain dah sampai seawal jam enam untuk tolong apa2 yang patut. Dalam pukul 8, pelajar2 SAS sampai. Diorang ni adalah pelajar2 BUSAS. Sejuk mata memandang sebab tengok diorang datang berbaju melayu dan bersongkok. Masuk jer waktu isyak, diorang solat jemaah. Fadzrul yang jadi imam.. lepas tu diorang teruskan dengan bacaan surah yasin dan doa selamat... INILAH PELAJAR CEMERLANG... Cemerlang dari segi akademik dan juga rohani.
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim
Hari ni pelajar2 tingkatan 3 cikgu di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) menduduki exam mid year bagi paper sejarah.. Soalan yang cikgu buat ikut format sebenar PMR. Ada 15 soalan dari bab tingkatan 1, ada 20 soalan dari bab tingkatan 2 dan yang selebihnya semua dari bab tingkatan 3. Tapi soalan masih belum dapat dimuatkan di blog ni sebab ada beberapa pelajar yang terlibat dalam olahraga MSSKL dan ada jugak yang terlibat ngan choral speaking.. Sabar yer.. Cikgu doakan semuanya mendapat gred A. Insyaallah... Kalau dah berusaha tentu kejayaan milik kita.
Labels: 0 comments | | edit post
Izatul Hanim


Episod kali ni mengingatkan kita tentang rancangan pihak british untuk tubuhkan Malayan Union. Bila difikirkan, sebenarnya Malayan Union ni la yang telah mendorong gerakan nasionalisme Melayu.. Time ni semangat orang Melayu sangat berkobar-kobar... Ada banyak sebab kenapa British nak sangat buat Malayan Union ni. Yang pastinya british nak supaya pertahanan pihak diorang kat Asia Tenggara bertanbah kukuh. Takut2 kalau apa2 jadi, ada la tentera standby kat area ni. Diorang pun nak juga jaga bijih timah ngan getah takut jatuh kat tangan orang lain. Selain tu british nak gabungkan semua negeri kat Tanah Melayu untuk nak mudahkan diorang dari segi pentadbiran ngan nak jimatkan kos..... Orang Melayu memang tak setuju langsung ngan cadangan ni. Mana tak nyer, kalau betul2 jadi Malayan Union, habislah tamadun orang Melayu terhakis. Raja pulak hilang kuasa. Cara sir Harold Mac Michael minta sign daripada raja2 Melayu pun menyebabkan orang Melayu tak puas hati... Dalam situasi ni, peranan Dato' Onn sangat hebat. Dato' Onn dan rakan2 anjurkan Kongres Melayu Pertama. Sultan Hishamuddin Alam Shah yang rasmikan kongres ni..Dalam kongres ni lah capai kata sepakat untuk tubuhkan UMNO. Time ni memang UMNO ditubuhkan untuk nak menentang Malayan Union..... Mendengar teriakan "Hidup Melayu" dan "Daulat Tuanku" dalam episod kedua ni memang sebak rasanya. Nampak orang Melayu betul2 bersatu untuk nak menentang penjajah.....
Izatul Hanim
Pertama kali cikgu tengok cerita ni, terisak-isak cikgu dibuatnya. Hati cikgu ni memang sensitif, tambah2 lagi bila tengok citer2 sejarah lama. Hati malaya ni memang berjaya membuatkan hati orang sejarah macam cikgu nie tersentuh. Dato' Onn @ Tunku? Siapa antara dua tokoh ni yang banyak memainkan peranan untuk negara kita mencapai kemerdekaan... Masing2 ada pendapat yang tersendiri. Bagi cikgu keduanya ada kelebihan masing2.. Dato' Onn tokoh yang sangat hebat. Pemikirannya jauh ke hadapan. Tapi impian tak kesampaian... Tunku gigih menabur bakti. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Izatul Hanim


Di medan ini zahirku layu
Jasad kaku dibelenggu
Jalur nadi masih kukuh
Janji setia tidak luntur

Di medan ini bakti disandang
Korbanku untuk maruah
Teguhkan azam nusa
Agar generasiku terbela

Jejakku tinggalkan
Untuk kau teruskan
Bangkitkanku dalam perjuanganmu
Mencantas noda

Bara semangatku
Bara semangatmu

Merintis cinta
Di medan ini gemilang persada
Hamparkan jati diri
Gemparkan pada mereka

Kita mampu teguhkan
Lambang merdeka
Laungkan semboyan
Seru gempur perwira

Walau gugur kubasahkan darah
Dengan ikhlas
Sumpah hidup wira bangsa
Juangkan cita
Bebaskan nusa

Lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_bin_Saidi
Izatul Hanim
Kesempatan cikgu berkunjung ke Masjid Tengkera 5 tahun lepas memberi gambaran sebenar tentang ciri-ciri islamic yang terdapat pada masjid nie... Cantik... Masjid ni dibina pada tahun 1728, sewaktu negara kita dijajah oleh kuasa Belanda. Masjid ni antara masjid yang tertua di negara kita. Tapi dulu masjid ni dibina menggunakan kayu dan atapnya guna daun nipah jer. Tahun 1890, barulah ada renovation yang dibuat. Dinding kayu digantikan dengan konkrit. Manakala lantai pulak digantikan dengan jubin yang berwarna dan bercorak. Tapi tiang serinya still lagi gunakan kayu yang asal. Dalam kawasan masjid ni jugak terdapat makam Sultan Hussein yang telah mengiktiraf perjanjian penyerahan awal Singapura kepada Stamford Raffles....
Izatul Hanim
Nyanyian lagu Alam Shah Jaya menandakan berakhirnya SAS Performance Nite 2010. Sekalung tahniah cg ucapkan buat pelajar-pelajar yang membuat persembahan.. Cg rasa sangat bangga dengan persembahan yang u all buat tadi.. so talented.. Bagi cg,Shahrul sangat confident. Ada masa depan yang cerah.. Tarian Jepun ( yang sangat dinantikan oleh my baby Rizqi). U all berjaya tawan hati budak umur 2 tahun. Musical drama memang menarik sangat. Hasil tangan Sir Putra memang superb. Untuk team choral speaking yang akan bertanding di Kuantan... Cg doakan u all berjaya.. Aizat Nizam Shah conform boleh jadi conducter terbaik.. Team form 3 dengan tarian xi shua shua.. emmmmm best..semangat betul. vote Zaliq.... Dikir Barat, Nasyid, Orkestra n live band memang tak dinafikan kehebatannya.. Tahniah juga buat rakan-rakan guru yang bertungkus lumus, korbankan masa dan tenaga. Tqvm to Agil, Zuheir n Joe yang bantu mengendalikan majlis.
Labels: 0 comments | | edit post